GUA MUSANG: Seekor harimau belang berjaya ditangkap menggunakan perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Pos Pasik, di sini hari ini.
Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata haiwan itu berada keadaan sihat dan akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai, Perak.
Menurutnya, pada 6 Okt lepas jabatan berkenaan telah menjalankan operasi tangkapan harimau belang selepas seorang lelaki di Pos Pasik maut diserang harimau pada 5 Okt.
"Susulan daripada kejadian tersebut, pada 6 Okt lalu Perhilitan Kelantan telah menjalankan siasatan awal, pemantauan serta pemasangan satu unit perangkap harimau belang di lokasi aduan.
Operasi melibatkan 10 anggota jabatan ini dilaksanakan kerana harimau belang masih berkeliaran di sekitar lokasi aduan iaitu di perkampungan Pos Pasik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut Mohamad Hafid berkata harimau belang terbabit masih dalam siasatan bagi mengenal pasti samada ia adalah harimau yang sama menerkam mangsa dalam kejadian lepas.
Beliau berkata kehidupan harian masyarakat Orang Asli setempat turut terjejas sepanjang tempoh haiwan berkenaan berkeliaran.
"Dengan kejayaan operasi tangkapan harimau belang ini, sekurang-kurangnya ia meredakan kegusaran penduduk Orang Asli di Pos Pasik.
Walaubagaimanapun penduduk di Pos Pasik perlu berjaga-jaga semasa keluar ke ladang dan bekerja secara berkumpulan serta tidak berseorangan," katanya.
Menurutnya Pos Pasik merupakan salah sebuah perkampungan Orang Asli yang jarak perjalanan dari Bandar Gua Musang mengambil masa sehingga empat jam, bergantung kepada faktor cuaca.
"Selain itu keadaan jalan balak untuk ke lokasi juga hanya boleh dilalui dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4x4) sahaja," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Mon Nov 13 2023
Seekor harimau belang berjaya ditangkap menggunakan perangkap yang dipasang Perhilitan di Pos Pasik, di sini hari ini. - Perhilitan
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Hanya tinggal 50 harimau belang di Perak
Inventori bagi spesies-spesies tertentu terutamanya mamalia besar yang terancam turut melibatkan gajah dan seladang.